Baru Sedar.. Aku Dah bosan...
rasenye sejak beranak pinak ni aku mmg kureng skit bab nak menjage rambut.. kalu dulu tonik, hair cream mmg ade gune.. tapi skrg...main syampoo keringkan gitu2 sudahh....treatment jauh sekali... kalu dulu, guna jari pon boleh, sekarang, gune jari tgn x boleh, jari kaki lagi le seksa... akhirnye aku mengambil tindakan sewajarnye dgn meluruskan rambut sbb aku sendiri pon rase cam nak lempang2 muke aku laju2 tiap kali aku nengok cermin... x siorr le teman nak menengoknye...
Majlis sebulat suare.. aku masuk je kedai amoi tu sambil tutop mate.. pastu hallo hallo en khairul... heheheheh Sila Bayar.... nak cantik ni bukan utk siape.. untuk kamuu jugak...:D...
Sekarang x yah gune jari pon boleh.... :D
Bluetooth Dongle
Apsal Diam je?????
Aiman : (masih mendiamkan diri.. cume angkat kening kanan je...)
Ibu : Man... Nape...??
Aiman : Aiman takut ahhh bu... nnti polis tu tangkap man....
Ibu : hahahahahh mane man tau bu baru nak soh polis tu tangkap man...
Aiman : alahhhhh x nak lahh bu .. jom balik bu.....
alkesahnye gi teman atuk kasimnye nak gi buat report polis due to accident kemarin...utk claim SOCSO.. cemane tok... agak2 ade bape % untuk aiman nih???? hehehehe....
Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Sahsiah Anak-Anak Kita
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SAHSIAH ANAK ANAK KITA
Info kali ni adalah baik untuk parent2 di luar sane.. termasuk aku... aku baru dapat info ni mase tgh boring... saje saje view parenting info... meh le kite kongsi sesame yek!!
PENGARUH KELUARGA
Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak. Kanak-kanak menghabiskan masa bersama keluarganya lebih daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut:
v Jika kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia akan belajar membenci.
v Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia akan belajar berkelahi.
v Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi cemas atau bimbang.
v Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.
v Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi sabar.
v Jika kanak-kanak selalu diberi galakan, dia belajar yakin dengan dirinya.
v Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.
v Jika kanak-kanak merasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang
v Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia belajar menghargai keadilan.
v Jika kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.
v Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.
v Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat-sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sihat akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap ibubapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah-lembut tetapi selalu sakit.
PENGARUH TADIKA
Keadaan Bilik Darjah
Kanak-kanak akan berasa gembira, selesa, suka bekerjasama dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik darjah yang kemas, teratur dan dapat menimbulkan suasana untuk belajar. Keadaaan bilik darjah yang tidak kemas membuatkan kanak-kanak sentiasa berasa tegang, gelisah, suka bergaduh, nakal dan tidak berminat untuk belajar. Keadaan bilik darjah banyak bergantung di atas sikap guru terhadap kerja dan murid-muridnya.
Guru
Guru boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang boleh diikuti mereka. Murid-murid akan menganggap gurunya sebagai pengganti ibu bapa mereka. Murid-murid lazimnya akan meniru tingkah laku guru, mengikut nasihatnya serta bimbingannya.
Disiplin
Disiplin yang dikenakan di sekolah juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Disiplin yang ketat akan membuatkan kanak-kanak selalu berasa tegang, gelisah, timbul rasa benci dan suka bermusuh. Disiplin yang permisif akan membuat kanak-kanak tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati peraturan. Sementara displin yang demokratik akan membuatkan kanak-kanak berasa dirinya penting, riang, suka bekerjasama dan percaya pada orang lain.
PENGARUH FIZIKAL
Keletihan
Keletihan menyebabkan kanak-kanak mudah tersinggung dan suka membantah dalam hubungannya dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.
Kekurangan makanan
Kanak-kanak yang kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif dan kurang bertenaga untuk bermain dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak yang kurang aktif lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan selalu berduka.
Penyakit
Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang tidak stabil, selalu berduka dan bersifat terlalu bergantung kepada orang lain.
INFORMASI INI DIKUTIP DARI
Sup Telur Puyuh...
Disebabkan si bulat n aiman mmg penggemar sup.. aku kene pelbagaikn mcm2 ingredient dlm sup tu.. selain dari sup ni, sup ikan merah, sup ayam, sup seafood,sup sayur campur...pon diaorang suke. mmg bertambah bile ade mcm2 dlm sup tu, lagi berselera... sampai maknye terlebih selera...maknye 5 sudu.. anaknye baru dua sudu.. hahahahaha.... x caye cube..
Di sebabkan sup ni utk kanak2 dan x guna ayam n daging.. jadi x perlu guna rempah sup, bungalawang, kayu manis segala... rasenye exactly sama...
Sup Telur Puyuh
(anggaran utk 2 org dewasa)
1/2 inch halia (tumbuk)
1 bj bwg besar saiz sederhana (tumbuk)
2 ulas bwg putuh (tumbuk)
1 1/2 sudu besar mnyk masak
1 sudu besar rempah ketumbar
7 bj telur puyuh direbus dan dibuang kulit(ikut citarasa nak bnyk mane)
1/2 pkt soohoon (direndam)
1/2 pkt snow peas / kacang sepat ( dibuang tangkai dan di potong 2)
5 helai daun sawi (di potong)
1 bj kentang bersaiz besar (di potong 12)
8 ekor udang (ikut citarasa)
1 sd kecil serbuk stok ayam
1/2 sd kecil lada sulah
1bj tomato di ptg wedges
1 helai daun sup
1 helai daun bwg
garam
method..
1. Panaskan minyak masak
2. Tumis bahan yg ditumbuk..sampai naik bau...
3. Masukkan serbuk ketumbar, kacaurata
4. Masukkan air, stok ayam dan kentang.. biar mendidih dlm 10 mnt ( hingga kentang empuk)
5. Masukkan udang, telur puyoh, snow peas, sawi, soohoon, garam, biar merenih dlm 10 minit
6. masukkan lada sulah, daun sup, daun bawang, tomato dan kacau dan tutup apinye...
ps.. kalu di tambah dgn sayur2 spt, bunga kubis, kobis,carrot, cendawan pon sedap...sayur2 dlm sup di atas tu adalah salah satu usaha aku clearing stock sayur dari fridge...:D..
Honey ..my BFF
anak dia yg sulong dah sekolah rendah dah.. sbb mase semester 4 lg dia dah gatal menikah... pastu dapatlah baby... termengah2 bawak perut lg.. bwk buku lg nak gi kelas... heheheh comel je.. untung sebenarnye kawin awal ni..ank org lain baru nak terkial2 merangkak, anak dia dah sekolah dah...siap bleh hold degree lg mak nye...
malam kemarin dia dtg umah aku semata2 nak hantar FM (fridge magnet) dari bandung...aku punye tunggu dari pagi.. dia sampai umah aku malam nye,, pastu x sempat2 nak masuk.. rushing balik ke klang.. sbb dah lewat sbb baru balik dari umah neneknye + dgn sesatnye cari jln umah aku .. aku yg rajin kemain masak spegetti bolognese utk dia... terkulat2 je nengok dia balik...kelam kabut benor...sempat bergambar je... last2 aku bersedekah le malam2 bute tu.. kasi kat jiran sepinggan.. lebih nye aku call kakak aku, kasi dia wallop anak beranak... selamat...
disebabkan ko kawan comolot .. aku maafkan... kalu ko aku kenal semalam kat pasar malam, mmg dah putos kawan dah... :))... ape2 pon jgn serik... dtg lah lg ye... :D.. TQ FM dari bandung...x dapat gi bandung, dpt fm pon jadiklah....:))
Bufoni....
Ini tukang rebus telur di import dari china,.... lai lai lai.. telur lebus...lai lai...
Bon Appetite!!!
Kau lah poooojaan Hati kuuuuuuuu...
Hari DVD Sedunia...
DVD x dapat... dapt pusing2 jalan2 di senja kala dgn si bulat dan aiman...
pic ni Aiman yg snap... mmg allergic sungguh dia kalu tgk aku keluarkan phone...bleh berebut hp dgn ibunye, bas lalu pon nak snap....!
Mak x melalut Hari ni.....Uollss!!
Oleh kerana hari ini hari Jumaat, aku dgn sedaya upaya berusaha untuk tidak melalut... :)) Kekawan, suadara/i, muslimin/muslimat yg dihormati sekelian,
E-mail berikut telah diemailkan kepada saya oleh rakan seagama dengan kita untuk renungan dan diambil iktibar daripada apa yang diceritakan. Diharap saudara/i mendapat manfaat daripadanya.........wasalam.
Berikut adalah ceritanya............. selamat membaca.
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana
Anak kecil tadi berdiri.
Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI
APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK
BERMINAT ATAUTIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH
INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.
Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Asam Pedas Melaka...
Bahan2..nye
1st bahan tumis
1 sd kecil halba (biji2 tu...tanye kat kedai runcit kalu x de ko pegi kedai rmpah india tu .. mosti ade)
5 sd besar mnyk masak ( agak2 pon bleh)
1/3 bwg besar saiz sederhana (hiris)
3 uls bwg putih ( hiris)
1 inch halia ( hiris)
2nd bahan utk blend
20 tangkai cili kering
1 bj bwg besar
1/2 inch kunyit hidup
1 inch belacan
Bahan lain
1/2 sd kecil rempah kari
3 helai daun limau purut( di siat)
2 btg serai..( potong dua dan titik)
1 inch lengkuas ( di titik)
2 cwn air + 1 sd besar asam jawa ( bancuh.. kalau pandai agak lg bagus..)
perasakan....garam + aji skit..
method
1. tumiskan bahan tumis sampai naik bau...
2. Masukkan bahan yg di blend dan daun limau, serai, lengkuas, sampai garing..(sampai air dah kering)
3. masukkan rempah kari kacau rata dan masukkan air asam..
4. bile mendidih masukkanlah ayam ke, ikan ke...daging pon bleh...
5. perasakan dgn garam dan aji... kalu pedas tambah sikit gula...
ps.. pastikan jgn terlebih air agak2 masa masukkan air tu... takut kuah nye cair pulak.. msak asam yg pekat warnanya.. elok berasa asam n garamnye.. mmg tip top Pn emy woi... penat mak berimaginasi ... mintak maaf ye entry resepi ni xde gambo... ini entri terkejut namenye,,... :D
Yank- Wali Band
Uiiiihhhhh ramainye anak!!!!!
walaupon ade 6 bijik basikal di umah, tetap nak kudakan basikal ank jiran ....pandai2 je buat pertukaran suke same suke...
pas ni ape kate sedekah kat ibu mithali nih kete baru pulak...:D
Sotong Kunyit Berkuah
dengan kerajinan yang ade.. malam jumaat lepas masak sotong kunyit ni. satu lagi masakan yang selalu aku masak di rumah, mudah, pantas n sedap... mmg pantas kalau raw sotongnye dah dibersihkan awal...
lauk dah di angkat separuh dlm pingan baru aku teringat nak bergambar...:D
Bahan2 nye..
1/2 kg sotong di basuh bersih( dipotong mengikut citarasa)
3 sudu besar mnyk masak (agak2 pon bleh)
1 bj bwg besar saiz sederhana (kisar)
2 bj bwg putih (kisar)
1/2 inch halia (kisar)
1cm kunyit basah(kisar)
5bj cili padi (dititik)
1 btg serai (potong 2 dan titik)
2 sd besar sos tiram
1/2 sd kecil lada sulah
1/2 inc asam jawa ( bancuh dgn 1 cwn air ) kalau pandai agak lg bagus..
8 bj bendi ( boleh di kerat2 atau di masukkan begitu saja)
garam secukup rasa
method
1. panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan yg dikisar dan dititik, tumis hingga naik bau dan garing sedikit...
3. Masukkan sos tiram, lada sulah dan sotong.. kacau rata hingga sotong separuh masak..
4. Masukkan air asam jawa, garam dan bendi... biar merenih dgn api sederhana dlm 10-15 minit. pastikan rasanya x terlebih msm.. ngam2 rasa garam dan asamnye...
5.angkat dan hidang dgn sambal belacan..... mmg terbaikkkkkk!!!!! :))
OOOh My BoYfRiEnD..!!!!!
Patah kaki????
Tok kasim aka ayah aku, atuk my kids...walau pon dah sepatutnye dok di rumah.. tapi masih nak kuar bekerja.... walaupon ade kereta, lebih dari satu... tetap nak merempit ke tempat kerja pepagi hari... akibat mate yg x berape nk nampak itu, atuk ter over speed kat road bumper... melambung skit atuk jatuh ke atas jalan tu.. seb baik belum keluar ke main road ,masih dlm kaw. kampung lg...kereta pon x bnyk lalu lg mase tu.. atukk atukkk...:((
semalam lepas subuh Nek Umi ( mak aku) dah call bgtau... adekk.... "kaki ayah dah patah...." terus terbeliak mato aku dengar.. aku kan berat nak bukak mate pepagi tuh... kalu 10 kali alarm bunyi 11 kali aku matikan... .. terus terkezut.. "la bile kenenye???? " "baru je nih..."Nek umi ngadu mmg sedih la...
Pegi Hospital, doktor cek, katenye x de pape.. join nye dkt ankle tu mcm beralih skit lah... so terus pegi jumpe tabib cina di jln bukit china... dia urut2 cuit, putar2 skit kaki atuk tu... petang dah bleh angkat kaki jln pelan2... dari paginye x bleh jln lngsung.... Sian atuk.... gambar ni Aiman yg snap utk atuknye... hehehehhe abisla betis putih melepak atuk x cun lagi... uhuhuhuh FYI Tok Kasim nye betis tercantik antara betis ank2 pempuannye... puteh melepak kemain... hehehhe.. tapi sekarang dah turun la skit ranking nye... sebab dah berparut ... hehehehe.. get well soon atuk....;D