Pages

Laungan Azan Bantu Temui Mayat Mangsa...

Walaupon hari ini adalah hari yg sangat bizissss.. aku tatap mau berbelog.. kesahnye hari coti walaupon on9, tapi x sior nak berbelog.... asik masak2.. makan2.. jalan2.. shoping2 llalalalallalalallaaa.... sgt seronaks...

ahad mlm, kami sekeluarge dinner ikan bakar di muara sg. duyong..dikejutkan dgn panggilan dari sepupu (anak makngah) telefon hp mak, bgtau anaknye meninggal dunia lemas di ayer keroh heights... takziah untuk abg Rosli dan Kak Ita.. :((

AYER KEROH – Laungan azan maghrib yang berkumandang membantu anggota bomba dan penyelamat menemui dua remaja lemas selepas 45 minit usaha mencari dijalankan.

Kedua mangsa berusia 15 tahun dikenali sebagai Mohamad Farid Hamshal Rosli dan Mohamad Iqbal Hafiz Norzihan, adalah pelajar Sekolah Menengah Taman Tasik Utama, di sini.

Mangsa bersama dua rakan sebaya, Mohamad Abu Bakar dan Mohamad Firdaus Majis, ke kawasan berhampiran Taman Ayer Keroh Height itu untuk mandi.

Mohd Farid Hamshal dipercayai menghadapi kesukaran dalam kejadian kira-kira jam 6 petang dan Mohd Iqbal Hafiz cuba membantu, tetapi dia turut lemas.

Penolong Penguasa Bomba Negeri, Baharum Mohd Hashim berkata, pihaknya menerima pang-gilan polis jam 6.13 petang dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

“Dua anggota menggunakan kaedah ‘space’ atau permukaan dengan tali untuk mencari mangsa yang lemas pada kedalaman 1.5 meter,” katanya, sambil menambah sebuah jentera dengan 12 anggota terbabit dalam operasi berkenaan.

Mangsa pertama, Mohd Farid Hamshal ditemui jam 7.05 malam, manakala mayat Mohd Iqbal Hafiz dijumpai 10 minit kemudian.

Mayat mereka kemudian dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, saksi yang juga jiran mangsa, Abdul Mutalib Latip, 24, yang terdengar jeritan dua rakan mangsa terus ke tempat kejadian bersama seorang kawan.

“Setibanya di tempat kejadian, saya memandang ke arah parit dan melihat dua remaja lelaki sedang duduk termenung sambil memandang ke dalam parit.

“Apabila ditanya, mereka memberitahu dua rakan lemas dan saya terus ke Balai Polis Ayer Keroh untuk buat laporan sebelum kembali bersama anggota,” katanya.

Sinar Harian Online
17 Mei 2010 (sumber dari duniaitu.blogspot.com)

Jenazah dikebumikan pada isnin 11.00 pagi.. di Bukit Katil Melaka..

No comments:

..YUFOLOMI, IFOLOYU..