Pages

Enam Sekeluarga Rentung....

Enam sekeluarga rentung - Pengasas syarikat Fadhilat Herbs terbunuh dalam kemalangan ngeri di Seremban




PASUKAN bomba mengeluarkan mayat enam sekeluarga yang rentung dalam kemalangan ngeri di Seremban semalam.


SEREMBAN - Hajat enam sekeluarga untuk pulang ke Melaka selepas bercuti selama dua hari di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping, Perak tidak kesampaian apabila kesemua mereka maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 252.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 pagi itu mengakibatkan Suhaimi Ghazali, 41, dan isterinya, Norfadhilah Isenin, 32, rentung apabila kereta jenis BMW 7 Series yang dinaiki meletup dan terbakar selepas merempuh belakang sebuah treler rosak yang diletakkan di lorong kecemasan.

Turut rentung ialah anak-anak mereka iaitu Nurul Natasha Huda, 11, Muhammad Danial Iskandar, 10, Muhammad Hanif Iman, 6, dan Adi Putra, 2.


Suhaimi dan Norfadhilah bersama tiga anak mereka (dari kiri) Muhammad Hanif Iman, Nurul Natasha Huda dan Muhammad Danial Iskandar.


Suhaimi merupakan pengasas syarikat Fadhilat Herbs Sdn. Bhd. yang mengusahakan sejenis minuman kesihatan tradisional di Telok Mas, Melaka.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa yang baru dibeli sebulan lalu terperosok di bawah treler yang membawa muatan pasir granit manakala sebahagian enjin serta tayar hadapan kereta yang dinaiki enam sekeluarga itu terpelanting sejauh 100 meter dari tempat kejadian.


[-o<

No comments:

..YUFOLOMI, IFOLOYU..