Pages

Mengapa ini terjadi????

Penganggur Hadapi Empat Tuduhan Bunuh
Saharah Atan, 59, mengusap pipi anaknya, Rasidi Ismail, 32, sebelum dia dibawa ke penjara Sungai Buloh pagi tadi. - Foto The Star oleh LOW BOON TAT

REMBAU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tuduhan membunuh ayah, adik, datuk dan neneknya pada 5 Jan lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Rasidi Ismail, 32, yang beralamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin didakwa membunuh adik perempuannya Siti Khadijah, 22, di alamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Jan antara pukul 7 hingga 11 pagi.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua, ketiga dan keempat iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76, neneknya, Sufiah Katas, 80, dan datuknya, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada tarikh dan waktu yang sama.

Rasidi kelihatan tenang dan mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Sebelum itu, tertuduh yang memakai baju dan seluar panjang lokap polis berwarna oren serta bergari kedua-dua belah tangannya tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Emak tertuduh, Saharah Atan, 59, serta seorang anak saudara lelakinya hadir di mahkamah.

Sementara itu, ketika dibawa keluar dari mahkamah dan semasa di dalam kereta polis, Saharah dengan rasa hiba menghampiri Rasidi sambil mengusap pipi anaknya dan Rasidi sempat berkata: "Datang dengan siapa? Tidak mengapa.....19 Februari di sebut di Mahkamah Tampin."

Majistret Siti Nur Shafrida Hashim menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memaklumkan pihak pendakwaan masih menunggu laporan kimia.

Mahkamah juga menetapkan bahawa jaminan tidak akan diberikan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam pada hari ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. - BERNAMA

***** there's no any reason in my head why this is happen ... ???? horribly, scary,and OMG.....!!! is there any voices influence him for being that way???? ????

TAKOTTT TAKKKKKK???


1 comment:

Mîss Rôry said...

mmg ade influence pon..

..YUFOLOMI, IFOLOYU..